Saturday, 19 December 2015

KAWAN MAKAN KAWAN

Berhati-hatilah bila memilih kawan. Nanti ada kawan makan kawan. Ia terjadi padaku pada tahun 2005 ketika aku menikahi isteri keduaku, Rozalin. Sepuluh tahun dahulu ketika aku menikahinya aku tidak pernah mencintainya tetapi aku menikahinya kerana menyelamatkan dirinya yang sudah hamil dengan bossku, Dali.
Rozalin sudah empat bulan hamil ketika aku menikahinya pada tahun 1995. Setiap hari dia menelefon ofis kerana mahu bercakap dengan boyfriendnya Dali. Dali sudah pesan kalau Rozalin call carinya, katakan dia tiada di ofis. Padahal Dali ada di ofis. Aku terpaksa membohongi Rozalin.

Pada suatu hari, waktu lunch, dia call ofis. Kebetulan Dali tiada di ofis. Aku tanyanya apa hal setiap hari call Dali. Dia pun beritahu dia dah empat bulan mengandung. Dali dah beri duit kepadanya untuk gugurkan anak itu tetapi dia tidak mahu kerana mahu jaga anak itu.

“Dahlah berzina satu dosa, nak gugurkan anak pula, lagilah tambah dosa,” kata Rozalin sambil menangis.

“I ada satu cadangan. Kalau u setuju, ok. Kalau tak setuju pun, ok juga. U kan tahu I tidur di ofis. Jadi I sedia nikahi u untuk selamatkan bayi u. Sekurang-kurangnya I dapat sewa rumah. Tak perlu tidur di ofis lagi,” kataku.

“Betul ke?” terkejut Rozalin.

“Betul,” jawabku.

“U berani jumpa bapa i?” tanya Rozalin.

“Berani,” jawabku.

“Petang ini abis kerja u ikut I jumpa bapa I,” kata Rozalin. Petang itu tepat jam 6 aku menunggunya di Hotel Federal di tempat kerjanya. Kami naik teksi ke Kampung Pandan Luar untuk menemui ayahnya. Ibunya sudah lama meninggal dunia.

Rozalin memperkenalkan aku kepada ayahnya sebagai bakal suaminya. Ayahnya bersetuju menerimaku sebagai bakal menantunya walaupun dia tahu aku sudah ada isteri dan anak-anak di kampung. Lagipun Rozalin sudah berusia 30 tahun.

Oleh kerana kami nikah secara poligami maka aku suruh kawanku, Robert Hamly uruskan pernikahanku di sebuah rumah flet di Jalan Pekeliling, KL. Ayah Rozalin datang sebagai wali bersama dua abang iparku sebagai saksi. Walaupun kami nikah di KL tapi surat nikah dikeluarkan di Taiping, Perak. Petang itu aku menikah dan malam itu aku dapat mengecap malam pertama bersama Rozalin.

Aku menikmati tubuh Rozalin yang sedang hamil empat bulan malam itu di Hotel Park Royal. Kebetulan kawanku Titing yang datang dari Sabah tidur di hotel itu selama satu minggu.Tiga malam dia tidur di Genting Highlands. Titing suruh kutidur di billiknya di Park Royal.  Jadi kami berbulan madu selama tiga malam di bilik Titing di  hotel itu.

Selepas menikahi Rozalin, kami menyewa di sebuah flet di Angsana Hilir selepas duduk sebulan di rumah mertua kami. Di situ aku lebih bebas main dengan Rozalin kerana bimbang mertua dan abang ipar kami dengar kami main di rumah mertua.

Aku mencintai Rozalin selepas menikahinya kerana aku menjadi pak sanggup untuk menyelamatkan bayinya. Sejak menikah dengan Rozalin, aku berhenti kerja dengan Dali. Bila Dali tahu aku menikahi Rozalin, dia amat marah kerana dia anggap aku merampas kekasihnya sedangkan dia yang tinggalkan Rozalin. Sebaliknya dia menikahi budak Kelantan masa sibuk dengan pilihanraya umum pada tahun 1995.

Sepatutnya dia yang menikahi Rozalin dan bukannya aku. Pada tahun 1997 aku dapat bekerja di KT. Maka Rozalin turut pindah ke KT dan bekerja di Permai Park Inn. Sewaktu bekerja di KL aku lima malam bersama Rozalin di KL manakala dua malam lagi aku balik ke KT bersama isteri tua.

Bila pindah ke KT aku tidak dapat bermalam dengan Rozalin. Sebaliknya aku pergi menemuinya dari jam 7 petang hingga 9 malam setiap hari. Lepas main dengannya aku balik ke rumah isteri tua yang fikir aku pergi ke surau solat maghrib dan isyak.

Oleh kerana KT bandar kecil, akhirnya terbongkar rahsia aku ada isteri muda. Isteriku Rozita mengamuk. Dia tampar Rozalin di tempat kerjanya tetapi Rozalin tidak membalas tamparan itu sebaliknya memeluk Rozita. Rozita menangis terharu dan dia call aku suruh ambilnya di Permai Park Inn dengan Rozalin.

Aku terkejut bila ambil Rozita dan Rozalin. Rozita suruh aku hantar Rozalin ke rumahnya di Pasir Panjang. Sejak itu Rozita baik dengan Rozalin dan anak-anak kami berkunjung ke rumah Rozalin. Malah anak Rozalin (anak luar nikah Dali), Zammel turut datang ke rumah Rozita di Kuala Ibai.

Malah aku pernah tidur sekatil tiga orang dengan Rozita dan Rozalin. Di bulan puasa, kami bergilir buka puasa. Hari ini di rumah Rozita. Rozalin dan zammel datang berbuka puasa di rumah Rozita. Esoknya Rozita dan anak-anak berbuka puasa di rumah Rozalin.

Di hari raya bila aku balik kampung terkejut ayahku bila aku bawa pulang kedua-dua isteriku. Emakku dah lama tahu aku ada isteri muda kerana setiap kali emakku datang ke KT aku bawanya ke rumah Rozalin.

Pada tahun 2000, aku berhenti kerja di KT dan berhijrah semula ke KL. Ketika ini Rozalin balik semula ke KL dan duduk di rumah pemberian ayahnya di Setapak Garden. Oleh kerana Rozalin belum bekerja aku cadangkannya supaya dia refinance rumahnya. Dengan pertolongan kawanku seorang taukeh hartanah Mr Lee, dia buat penilaian sebanyak RM190,000.00.

Aku suruh kawanku Azizan yang menguruskan pinjaman dengan CIMB di Bandar baru Ampang. Oleh kerana Rozalin tidak bekerja, maka Azizan buat slip gaji palsu, penyata KWSP palsu untuk dapatkan pinjaman sebanyak RM150,000.

Aku cadang dengan duit itu mahu membuka syarikat dengan Rozalin sebagai pengurusnya manakala aku sebagai pelobinya. Ketika itu pada tahun 2005, anakku eksiden di KT, maka aku banyak masa di KT menjaga anakku.
Ketika itulah Azizan ambil kesempatan menghasut biniku Rozalin. Tak sangka kawan baik pun buat kerja tak senonoh itu. Azizah memang orang yang lembut dan oleh kerana loan lambat dapat, aku lagi tension. Aku marahi Rozalin kenapa loan lambat. Masa itu pengurus CIMB dah minta komisennya RM8 ribu sedang loan belum dapat.

Aku lagi tension dalam suasana kewangan yang tifdak stabil, aku marahi Rozalin yang tidak follow up dengan CIMB. Masa inilah Azizan ambil kesempatan menggoda Rozalin dengan mulut manisnya.

Memang aku suruh Rozalin berhubung dengan Azizan. Azizan yang ada kereta kancil yang sering bawa Rozalin ke CIMB menemui pengurusnya yang juga kawan baik Azizan.

Pada suatu hari aku balik ke KL pada pagi Jumaat. Biasanya hari Jumaat aku ada di KT kerana giliran Rozalin dari hari Isnin ke hari Khamis manakala hari Jumaat ke hari Ahad bersama Rozita. Rozalin terkejut kerana aku balik pagi itu.

“kenapa balik hari ini?” tanya Rozalin yang baru dapat loan RM150 ribu.

“Kan rumah saya. Saya baliklah jumpa u,” kataku.

Rupa-rupanya hari itu dia berjanji ke Port Dickson bersama Azizan. Petang itu aku balik ke KT dengan bas jam 6 petang kerana tak ada makna aku ada di KL sedangkan isteri tiada di KL.

Malam itu dia berzina dengan Azizan. Tergamak Azizan meniduri isteri kawannya. Manusia jenis apa ini? Kawan yang makan kawan.  Aku terkejut bila diberitahu jiran bahawa Azizan sering datang ke rumah bila aku balik KT. Sampai tengah malam Azizan melepak di rumahku. Tergamak Azizan menikamku dari belakang. Bila dia tiada duit nak beli minyak kereta kancilnya aku yang ada RM10 dalam poket sanggup berinya RM5 untuk beli minyak kereta.

Yang paling sedih bila ku naik bas ke stesen LRT di hadapan rumah, lima minit kemudian Azizan sampai di rumahku ambil isteriku keluar. Aku solat hajat dan tahajud setiap malam supaya Allah menunjukkan bukti.
Pada suatu pagi Rozalin menyindirku, “kalau nak duduk free di rumah ini tak nak bayar bil api dan hil air, tak payah duduk di sinilah”.

Petang itu bila dia balik kerja, dia terkejut tengok kain bajuku sudah tiada di rumah. Dia tanya kenapa tak angkut tv sekali. Aku jawab tv itu bukan aku punya. Pada malam itulah aku menceraikan Rozalin dengan talak satu melalui sms.

Dia gilakan Azizan dan sanggup berniaga dengan Azizan sedangkan aku suruh buat loan itu untuk buat modal niagaku. Akhirnya dia ditipu Azizan. Padan mukanya yang menderhaka suaminya. Jika dia dengar nasihatku lapan tahun lalu, hari ini dia sudah kaya dengan memiliki lessen kewangan yang dia boleh masuk tender mencuci bersih kawasan sekolah yang mana aku yang melobinya dengan jabatan berkenaan.

Nasihatku kepada pembaca kisahku ini, berhati-hatilah memilih kawan. Jangan salah pilih kawan. Bila nak ajak kawan datang ke rumah, pastikan jangan sampai dia tahu nombor handphone bini kita, akhirnya bini kita dikeceknya. 

No comments:

Post a Comment